ni aku nak bagitau sal aku.
aku cuba la nak describe perihal aku ni walaupon aku tak berapa kenal sapa aku sebenarnya. :P
1. aku manja. yup, sangat manja dengan orang-orang terpilih tapi aku takla sampai nak buat dorang meluat. aku pun leh naek meluat jugak nanti. =.='
2. nampak sombong. orang yg blom knal aku memang cakap aku sombong. tapi bila dah dok sama, crita sama, rupanya aku ni peramah ye tuan puan. bak kata pepatah, 'don't judge a book by its cover'.
3. suka berhias. haa ni tabiat pompuan tak dapat nak lari. aku memang suka berhias terutama kalo sal pakaian. apa yang aku rasa cantik, menarik dan nyaman, tu la yang aku pilih untuk dipakai. kalo sal make-up, aku ala kadar je. lipgloss, eyeliner, blusher, bedak. done! :D
4. pembersih. aku pantang sekali tengok tempat kotor. terutama rumah aku. kalo ada sampah sikit, aku cepat-cepat pergi dapo amik penyedok dan penyapu. tak tahan sebab aku alergic dengan kotor-kotor. boleh kembang badan.
5. suka berangan. aku suka build the castle in the air. kalo sal kerjaya, aku nak jadi ceo dpt gaji besar rumah sederhana keta mahal. kalo sal hati, aku nak c dia aku tu main gitar sambil nyanyi lagu 'hero' enrique kat tepi pantai sambil pandang aku. memang layan laa.
6. mudah tersentuh. tersentuh ni bukan yang tu ek. maksud aku, kalo ada orang sedih dan aku tau knapa dia sedih, aku akan turut sedih dan nangis melebih dari orang tu. sebab aku slalu bayangkan kalo aku di posisi orang lain.
7. syg sangat dgn family. aku syg pap, mama dan adik aku rapat-rapat. aku tak ske kalo orang lain buat crita sal family aku termasok la aku skali. tak kesah la kawan ke, orang lua ke, saudara-mara ke, memang aku moha. tak segan aku nak isytihar perang.
8. aku pedendam. aku akan jadi pedendam kalo orang tu buat masalah yg sangat besar dgn aku. ni hidup aku, gaya aku. tapi aku tak penah nak lupa diri. memang dendam ni perangai setan tapi demi menyedarkan org tu, aku tak segan nak balas dendam.
9. suka berkawan. aku suka buat kawan sebab pada aku, dalam dunia ni walaupon ada family tapi takde kawan, takde seronoknya. lagipun, kawan family kedua kita. macam sahabat-sahabat aku skrg. aku syg korang.
10. syg agama. aku syg agama aku iaitu Islam. mungkin aku tak alim mana, pakai bukak tudung, solat tak cukup 5waktu, tapi aku betol-betol syg agama aku. aku suka dgr cerita nabi dan sahabat Baginda dulu. buat aku terinspirasi. dan aku akan cuba ubah diri aku menjadi yang lebih baik punyaaaa.
11. minat lagu slow. aku rock-rock camni suka sangat-sangat dgn lagu slow. contoh can't take my eyes off you by lady antebellum, miss you dan tell me where it hurts by mymp dan banyak lagi laa. aku minat apa-apa jenis lagu sebenarnya asalkan layannnnnnn.
12. suka kumpol kotak. bukan kotak besar tu, ni kotak yg funky tu. ada mcm-mcm saiz dan warna dan corak dan bentuk. kalo nmpk yg cantik dan berkenan di hati, kompom aku beli trus. kadang-kadang naik berang mama tengok aku bazir duit untuk beli kotak-kotak tu.
13. suka surprise. aku suka sangat kalo kawan-kawan atau family buat kejutan untuk aku. tak kesah la knapa tapi yelaa, seronok je sebab masa tu kita kompom happy. tapi jgn sampai lemah jantung, dahlaa.
14. main mata. ni tabiat aku yang tak dapat aku nak buang. kalo jalan mana-mana dengan kawan atau keluarga terutama dengan sorang kawan aku nama awiq tu, memang kitorang 2 kan main mata dengan orang. epp, orang bujang oke. kalo orang tu balas, lagi la mata ni taknak lepas dari pandang orang tu. rasa tercabar!
15. takleh tengok hphone diam. aku ska sangat nak tekan keypad sampai nak tercabut. tabiat ke, hobi ke, aku pun tak tau sebab aku takleh tengok hphone aku diam. aku mmg kaki texting. tapi kalo dah malas atau boring tu, memang aku bia org tu terkapai-kapai tunggu aku. kalo tak texting, aku main mp3. takpon amik gambar sana sini. calling-calling, dengan orang tertentu je sebab aku malas nak angkat phone.
16. menembak. ni memang perangai terbaik aku la. aku ska tembak org sampai dia terdiam. terutama kawan-kawan aku. buat salah sikit je, m16 aku bagi. aku seronok tengok dorang sepetkan mata pastu kejar aku sana sini. buat masa ni, takda yg terasa ati. alhamdulillah. tapi, aku pun salu kena tembak jugak. dorang balas dendam la tu.
17. kalau aku sedih, aku takkan pergi makan atau cari tempat yang tenang. tapi aku akan pergi tandas ke, bilik mandi ke, dan aku akan bukak je paip tu camtu. bia air mengalir. ntah la, aku rasa tenang lepas tu. membazir je kan.
cukup la sampai sini dulu.
ni je yang aku dapat pikir.
maklum, amnesia. :P mintak jaoh!
dan inilah aku. :D