February 10, 2011

Much Better

Ramai yang tanya mana aku? Tak main facebook lagi ke? Macam mana nak contact satu sama lain? Haa. Meh aku jawab kat sini. Bukan aku tak main facebook lagi, cuma aku delete kan facebook aku tu sebab ada yang hack aku. Tiba-tiba kena hack, seram derrrr~ So I've decided to delete my facebook account. Later I'll create a new account of myself and I will definitely add you guys and girls back. It's not that I don't want to give you my phone number but it's kinda personal thing to me. And just now I have created a new tumblr account. Love to see those people express themselves in the tumblr rather than in facebook that no one can ever criticize you. You should try it. :D





February 07, 2011

EXCITED!

Memang gila laa. Semalam aku hangout dengan bebudak GPH. Aku, Fad, Eein, Juju, Fahmi dan Zul. Tepat pukul 4.30 petang kitorang keluar. Plan ni Fad yang buat sebab budak ni memang suka keluar. HAHA. Lepas ambik aku dan Juju, kitorang terus melaju ke Pizza Hut. Wallamak, punyalah banyak masa diambik nak pilih menu untuk dimakan. Last-last Eein je yang pilih sebab budak ni memang dah biasa pergi Pizza Hut tu. Memang rumah kedua dia la tu. HAHA. Pastu macam biasa, aktiviti wajib setiap manusia apabila berkumpul dengan kengkawan, GOSSIPING! Macam-macam cerita keluar, dari Hot ke Cold. Paling lawak la reaksi Juju dan Fahmi. Kalau dah bercerita, tangan memang tak boleh nak diam. Mesti melayang sana sini macam orang tengah syok berpidato. Kalau si Eein, sentiasa dengan muka blurr + shining dia. Yelaa, tiap kali aku tengok EEin kan mesti macam bersinar-sinar je. Banyak pahala kot. Amin! Malas aku nak puji lebih-lebih. HAHA. Fad pula, memang pembedal makanan. Suruh je dia habiskan kepingan pizza, memang licin pinggan dibuatnya. Suka makan! Zul tak payah nak cakap, dari awal perjalanan sampai dah nak balik, memang aku la mangsa buli dia. Aku balas balik la wehh, takkan diam camtu je. HAHA. Hari ni memang best laa. Setiap kali keluar dengan bebudak ni, memang ada je perangai. Thanks guys and girls for making my day brighter. You're the best and will always be. Cuti lain kali kita jumpa lagi okay!

*Anyways, aku dapat call dari company tempat aku interview dulu petang tadi. Dorang cakap aku boleh start kerja Isnin depan. Tak sabar wehh! Wish me luck! :D

February 06, 2011

Believe

Lots of people, nowadays, mostly my friends, said to me "I can't do this. Sometimes I felt I'm not the one for him or her". Hey guys and girls! I don't really know bout love but how can you be so sure about that? Did he or she ever told you so? I can't help you to answer it but I found this and gladly to share it with you all.


Sometimes we doubt our feelings for a person, when we compare ourselves to other relationships, when we think too much that negative thoughts come around and when we feel sometimes that we are forcing ourselves to be with that person or sideways. Don't get confused with what your mind says, but listen to your heart carefully and love the person at your side, don't wait to let him or her escape cause when it happens, you are surely will regret it.

Well, I kinda agree with it though. Don't you? :)




February 02, 2011

Happy Chinese New Year!

Bom bom pow! Pak pak boom boom! Memang dah jadi adat resam budaya kita setiap kali nak sambut perayaan, mesti ada bunyi mercun sana sini. Biasalah, nek memeriahkan keadaan yang lengang di tengah malam. Kereta-kereta sekali yang melatah bunyikan alarm. Hebat! Lebih-lebih lagi kat kawasan rumah aku ni. Cina ke tak cina ke sama join sekaki main mercun. Satu Malaysia katakan. Waktu-waktu camni baru nak cakap Satu Malaysia. Pergggggh~ Tapi apa-apa pun, aku memang enjoy tengok korang main mercun dan bunga api sana sini. Cantik sesangat! Walaupun tak dapat tidur. =.=" Lestarikan budaya kita selalu. Happy Chinese New Year to all! :D



February 01, 2011

Dream High

Okay. Entri kali ni aku nak cerita sikit tentang salah satu drama korea kegemaran aku yang tengah aku tonton masa ni iaitu Dream High. Mula-mula tengok memang macam korean Glee tapi bukan. Lagi best dari Glee!


Ni antara pelakon utama dalam drama Dream High. 

Dia ni Taecyeon dari group kpop 2PM. Dia jadi Jin Gook dalam drama tu. Mandiri punya orang.

Ni pulak salah sorang budak T-Ara, Ham Eun Jung a.k.a Yoon Baek Hee dalam drama ni. Suka rambut dia, nampak lembut dan sememangnya lembut!

Newbie ni pulak mainkan watak Song Sam Dong dalam drama tu. Nama asli dia Kim Soo Hyun. Watak dia punyalaa polos dalam drama tu, maklum orang kampung. :P

Ni salah sorang ahli dalam group kpop Miss A iaitu Suzy. Dia jadi budak paling berhati batu and heartless dalam drama tu yang bernama Go Hye Mi. Tapi dia tak jahat.

Ni watak lelaki paling aku suka iaitu Jason a.k.a Wooyoung dari group kpop 2PM. Memang aku minat gila kat budak ni. Cute sesangat. Haihhh!

Last but not least, IU, a kpop solo singer yang jadi Kim Pil-
Sook a.k.a Miss Sushi dalam drama ni. Memang cute sangat perangai dia. Asal aku tengok je olah dia, memang aku jadi AAAAAAA! HAHA!

Haa. Tu antara pelakon-pelakon utama dalam drama ni. Ada banyak lagi pelakon lain tapi aku utamakan dorang enam ni laa. 

Antara semua, aku paling suka pasangan Jason dan Pil-Sook. Dorang digelar Milky couple. Pasangan paling cute! Alahaiiii~ 

Tengok la yerr drama ni dan nilai lah sendiri. Aku kompom korang takkan menyesal and will give it 10 on 10. Caya la aku. Mantap broo~ :D


 

Blog Template by YummyLolly.com