aku bukan nak crita sal aku nak jadi apa tapi ni kisah yang aku petik dari satu siaran tv dalam parabola. mula-mula aku tengok crita ni nampak cam biasa je, takde yg special. tapi makin lama pikiran aku jadi terbuka dan setiap kali tengok crita ni la aku akan sob sob nangis. ni pasal orang-orang biasa yg hidup dorang agak baik la tinggal bersama orang-orang yg kurang berkemampuan selama beberapa hari. dorang kena buat kerja seharian org miskin tu. contoh kalo org miskin tu profesi dia tukang buat bata atau kumpul tahi lembu, dorang kena buat jugak. ni bukan kisah buli-membuli tapi supaya kita yg hidup mewah sederhana atau berkemampuan ni tak lupa kepada mereka yg di bawah kita. maksud aku yg kurang berkemampuan tu. jangan la nak pandang hina dgn dorang. kalo rasa diri kaya sangat tak pandang yg miskin-miskin tu memang taik la. kita kat dunia ni sama je taraf tak kesah korang tinggi ke rendah ke miskin ke kaya ke sama je kat mata Yang Maha Kuasa. tak payah nak bangga sangat pakai baju itu baju ini berlian emas intan apa tu semua sebab masok kubur nanti korang telanjang bulat ditutup kain kapan je. takde nak blink-blink masok alam barzakh nanti. yang ditimbang nanti bukan berapa berat perhiasan emas korang atau berapa banyak duit yg korang ada tapi berapa banyak kita beramal semasa hidup di alam fana ni. jadi pengajaran kat sini untuk kita semua, jangan mudah nak berhidung tinggi dgn orang lain bila kita dikurniakan anugerah yg mewah dan jangan pernah lupa dgn usaha mak bapak kita yg selama ni bersusah-payah cari duit untuk kita tapi kita sia-siakan dgn benda tak berfaedah macam beli pil khayal, dadah, shopping tak tentu pasal, enjoy sana-sini. sebab satu hari nanti kita akan berada kat tempat dorang jugak dimana kita pulak yg akan menyara keluarga kita sendiri.
January 03, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment