Okay. Entri kali ni aku nak cerita sikit tentang salah satu drama korea kegemaran aku yang tengah aku tonton masa ni iaitu Dream High. Mula-mula tengok memang macam korean Glee tapi bukan. Lagi best dari Glee!
Ni antara pelakon utama dalam drama Dream High.
Dia ni Taecyeon dari group kpop 2PM. Dia jadi Jin Gook dalam drama tu. Mandiri punya orang.
Ni pulak salah sorang budak T-Ara, Ham Eun Jung a.k.a Yoon Baek Hee dalam drama ni. Suka rambut dia, nampak lembut dan sememangnya lembut!
Newbie ni pulak mainkan watak Song Sam Dong dalam drama tu. Nama asli dia Kim Soo Hyun. Watak dia punyalaa polos dalam drama tu, maklum orang kampung. :P
Ni salah sorang ahli dalam group kpop Miss A iaitu Suzy. Dia jadi budak paling berhati batu and heartless dalam drama tu yang bernama Go Hye Mi. Tapi dia tak jahat.
Ni watak lelaki paling aku suka iaitu Jason a.k.a Wooyoung dari group kpop 2PM. Memang aku minat gila kat budak ni. Cute sesangat. Haihhh!
Last but not least, IU, a kpop solo singer yang jadi Kim Pil-
Sook a.k.a Miss Sushi dalam drama ni. Memang cute sangat perangai dia. Asal aku tengok je olah dia, memang aku jadi AAAAAAA! HAHA!
Haa. Tu antara pelakon-pelakon utama dalam drama ni. Ada banyak lagi pelakon lain tapi aku utamakan dorang enam ni laa.
Antara semua, aku paling suka pasangan Jason dan Pil-Sook. Dorang digelar Milky couple. Pasangan paling cute! Alahaiiii~
Tengok la yerr drama ni dan nilai lah sendiri. Aku kompom korang takkan menyesal and will give it 10 on 10. Caya la aku. Mantap broo~ :D












0 comments:
Post a Comment