February 07, 2011

EXCITED!

Memang gila laa. Semalam aku hangout dengan bebudak GPH. Aku, Fad, Eein, Juju, Fahmi dan Zul. Tepat pukul 4.30 petang kitorang keluar. Plan ni Fad yang buat sebab budak ni memang suka keluar. HAHA. Lepas ambik aku dan Juju, kitorang terus melaju ke Pizza Hut. Wallamak, punyalah banyak masa diambik nak pilih menu untuk dimakan. Last-last Eein je yang pilih sebab budak ni memang dah biasa pergi Pizza Hut tu. Memang rumah kedua dia la tu. HAHA. Pastu macam biasa, aktiviti wajib setiap manusia apabila berkumpul dengan kengkawan, GOSSIPING! Macam-macam cerita keluar, dari Hot ke Cold. Paling lawak la reaksi Juju dan Fahmi. Kalau dah bercerita, tangan memang tak boleh nak diam. Mesti melayang sana sini macam orang tengah syok berpidato. Kalau si Eein, sentiasa dengan muka blurr + shining dia. Yelaa, tiap kali aku tengok EEin kan mesti macam bersinar-sinar je. Banyak pahala kot. Amin! Malas aku nak puji lebih-lebih. HAHA. Fad pula, memang pembedal makanan. Suruh je dia habiskan kepingan pizza, memang licin pinggan dibuatnya. Suka makan! Zul tak payah nak cakap, dari awal perjalanan sampai dah nak balik, memang aku la mangsa buli dia. Aku balas balik la wehh, takkan diam camtu je. HAHA. Hari ni memang best laa. Setiap kali keluar dengan bebudak ni, memang ada je perangai. Thanks guys and girls for making my day brighter. You're the best and will always be. Cuti lain kali kita jumpa lagi okay!

*Anyways, aku dapat call dari company tempat aku interview dulu petang tadi. Dorang cakap aku boleh start kerja Isnin depan. Tak sabar wehh! Wish me luck! :D

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com